Thursday

Soalan Cepumas ( Sigh )

Assamualaikum ! Hai !

Setekah sekian lama aku tak update blog , tak usik blog bukan sebab sebuk pun tapi sebab malas. Tapi hari nih rasa semangat pulak nak mengarang! Yelah blog aku kan suka aku lah nak biarkan ke nak usik ke nak ape ke. Hahahahaha!

Okay, dah dah cukup lah tuh mengarut. berbalik pada tajuk, cepumas! Kenapa mesti ada soalan cepumas untuk semua orang. Contohnya :

" dah lama jugak kamu berkawan dengan budak lelaki tuh, bila nak makan nasi minyak ye pun tak elok kawan lelama. * soalan klisye untuk pasangan yang belum berkahwin *

" dah lama kamu berdua bernikah bilanya nak ada anak sendiri asyik peluk cium anak orang aje. * soalan klisye untuk pasangan yang sudah berumah tangga dan belum ada anak *


Dalam keadaan tak sedar sebenarnya kita dah guris hati orang yang kita tanye tuh. Sapa dalam dunia nih yang tak nak bernikah dengan orang yang dia sayang. Dan sapa jugak dalam dunai nih yang dah bernikah dengan orang yang dia sayang dan tidak mahu mempunyia jenama sendiri ?? semua orang nak keduanya. Nak ada suami/isteri dan nak ada anak sendiri.

Cuma takdir manusia berbeza-beza tapi Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Macam aku yang dah bernikah selalu sangat orang tanya "dah berisi belum?" "dah mengandung belum?" Setiap kali soalan diajukan aku teringat balik mase aku gugur dulu. Dan sedih. Korang kene sedar yang soalan cepumas tuh tak patot ada!


So, lepas nih tak perlu tanya kalau ada berita baik tuh mesti aku akan bagitahu. dan aku tak perlu soalan aku hanya perlu doa dari korang. Hahahah! ter"emo" pulak.


klah bai!

xoxo
eyna!



Sayang Suami ^____^

Assalamualaikum ! Salam 1 malaysia. haha. Bakpe aku nih kalau taip suka sangat nak *HAHA* ? sebab bila aku gembira memang aku akan *HAHA*. Kita hidup sementara je kat dunia nih tak kan hari2 nak sedih kan mesti lah kene gembira jugak. kikikiki. * tak ada kaitan*. Cukup lah nak mengarut, sekarang nak balik pada tajuk. Isteri mana tak sayang suami ye idak? kaaannnn. mesti lahhh sayang suami. Lagi2 aku nih. Baru sebulan 3hari mesti lah tengah sayang kata orang! TAKKK! InsyaALLAH aku akan sayang suami aku sepanjang hidup aku dengan izinNYA hari2 hidup aku nak selalu dekat dengan suami aku. Suami yang akan bawa aku ke syurga nanti InsyaAllah.

Memula baru kawen ri tu memang rasa janggal sebab nak pegi mane2 kene minta izin , dan kene pegi dengan cik abang. Tapi lama2 dah biasa * lama ke? baru sebulan. * hahaha. Sesungguhnya memang seronok bile dah jadi nikah. Seronok yang tak boleh digambarkan. Semoga hubungan kami berkekalan dan berpanjangan sampai syurga! Amin.


Wednesday

Yessss! i do .....

Assalamualaikum blog kesayangan hamba yang telah sekian lama hamba tinggalkan. Haha. Selama hamba tinggalkan beta yang telah lama kini hamba terpanggil untuk kembali ke pangkuan beta. Ahhhh. Dah lama sangat tinggal nak mengarang pun kaku, kekok, kedu selaga bagai lah. Okay sekarang bukan masa aku nak berjejak kasih dengan blog kesayangan hamba nih. Sekarang nak mulakan cerita yang berkenaan dengan tajuk post kali nih.

Tanggal 25.5.2013 jam kira-kira 9.30 malam bertempat di surau kampung padang lerek 1, tangkak , johor bergelar aku sebagai isteri kepada suamiku ( hahaha). Dengan sekali lafaz Abdul Rais bin Haji Hamami sah menjadi suami, bakal ayah, syurga kepada Sarina binti Mohd Nor. Sekali lafaz je tuh hebat suami hamba ( dengan izin Allah). Yang buat aku pelik lah selama nih kalau aku tengok orang nikah tak kisah lah secara live ke video ke dalam tv (retis) mesti leleh air mata aku. Tapi time aku sendiri nikah tak leleh pun ( tuh pun sebab aku tahan) tapi setitik pun tak kelua. Sebab gembira sangat kot. Tapi mase baca taklik nak leleh dah tapi aku tahan jugak takut suami aku leleh jugak! hahaha.

*tekun tuh aku salam.hahaha!*

Macam bese lah kalau dah nikah mesti ada majlis bersanding kan. Esoknya kami bersanding kat dewan serbaguna kampung anjung batu 1, tangkak, johor. Gambar sanding tak ada dalam simpanan aku ( gambar yang molek) ada pun gambar yang tak bape molek segan nak diuplod. Haha. 

Lepas selesai semua kami pilih hari selesa untuk sesi outdoor dan studio. Sebab letih sangat hari sanding tuh kitaorg mmg tak larat nak habiskan semua dalam mase satu hari sebab ade 3 lagi baju kene pakai kalau tak pakai rugi woo. mahal! hahaha. 

*sesi studio*

Selang seminggu lepas majlis pihak perempuan. Majlis bertandang diperak pulak! Kat perak pun best sebab dapat jumpa kolejmate. Terharu sangat dorang datang walaupun sekejap. Majlis bertandang pun meriah jugak ! serba serbi best sebab memang best. Hahaha.

*majlis bertandang*

Suami tak suka gambar baju putih sebab nampak kurus sangat beliau. Hahaha. Ape pun saya terima ! Kurus boleh gemuk . Gemuk susah nak kurus sayang oiiii! Hahaha. 

Semoga hubungan kita berkekalan sampai syurga. Diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan yang akan datang! InsyaAllah. dulu sekarang selama ina akan selalu sayang,cinta dan ada dengan abang ! InsyaAllah.

Terima Kasih kepada keluarga, keluarga baru , jiran-jiran, kenalan-kenalan,jemputan-jemputan sebab menjayakan majlis kami dengan jayanya. Mak ayah Mak abah. Terima kasih bebanyak! Semoga Allah balas  pengorbanan kalian :) Sayang sampai syurga. InsyaAllah. 



xoxo.