Friday

* _ *



Pertunangan (Bacaan Lanjut) 

 Hukum Pertunangan
Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, walaupun agama Islam tidak mewajibkan upacara pertunangan, sering terjadi perkahwinan yang didahului oleh ikatan semacam pertunangan. Kebiasaannya kehendak untuk mengadakan ikatan pertunangan ini adalah dari pihak lelaki yang ingin melamar perempuan tersebut. Jika lamaran itu diterima, maka upacara pertunangan akan dilakukan bagi membincangkan penetapan waktu pernikahan, jumlah mahar dan sebagainya.
Secara dasarnya Islam tidak menyatakan secara terang berkenaan dengan hukum pertunangan ini sama ada ianya wajib atau haram. Namun apa yang dapat dikenal pasti ianya boleh dikatakan sunat kerana berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, telah menggariskan perkara-perkara yang sunat dilakukan sewaktu peminangan dilangsungkan.

Tujuan Pertunangan
Pertunangan adalah merupakan ikatan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan sebelum keduanya dinikahkan. Tujuannya adalah untuk mengikat janji yang suatu hari keduanya akan berkahwin. Pertunangan diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kedua belah keluarga di mana, keluarga pihak lelaki akan bertandang ke rumah pihak perempuan. Maka di situ akan bergaul mesra dan berkenal-kenalanlah di antara kedua keluarga. Apabila kedua belah keluarga ini bertemu, maka sudah pasti mereka akan berbincang untuk mendapatkan kata sepakat berkenaan dengan penetapan tarikh dan tempat pernikahan, jumlah mahar (mas kahwin), jumlah pemberian (dulang hantaran) dan sebagainya. Apabila telah dipersetujui tarikh dan tempat pernikahan, maka bakal pengantin keduanya dapat membuat persiapan-persiapan yang sepatutnya terutamanya di dalam memahirkan diri tentang ilmu perkahwinan dan kekeluargaan. Bakal pengantin juga dapat memperuntukkan masa dan wang bagi menghadapi hari pernikahan nanti.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, adat orang dahulu, bakal ibu mertua akan masuk ke bilik perempuan tersebut untuk menyarungkan cincin pertunangan dijari perempuan tersebut. Namun kini, perempuan tersebut akan dipelawa keluar di hadapan tetamu untuk duduk di tempat khas atau biasanya akan dibuat pelaminan khas yang simple dan kemudian bakal ibu mertua akan menyarungkan cincin pertunangan. Dengan itu, secara rasminya, tali pertunangan telah diikat antara keduanya. 

hihi. selamat bertunang !

No comments:

Post a Comment